Sunday, December 7, 2008

MENCARI JALAN PULANG

KINI AKU INGIN MENCARI JALAN PULANG
SETELAH SESAT DALAM BELANTARA TAKDIR
TERPERANGKAP DENGAN MIMPI UNTUK BAHAGIA
TWISTED BY FATE.
TENTU ADA JALAN LAIN.

BICARA DARI HATI

YA ALLAH
JADILAH PENDAMPIGKU
JANGANLAH JAUHI JIWA YANG SEDANG MENCARIMU..
TERIMA KASIH YA ALLAH
KERANA MEMBUKA HATI AYAHKU
MENGUCAP SYAHADAHMU
ALLAH ITU SATU DAN NABI MUHAMMAD ITU ADALAH RASUL TERAKHIRMU.
SETELAH MERAYAU DALAM KEGELAPAN
SEKIAN LAMA TERPERANGKAP IGAUAAN TRADISI
AKHIRNYA KAU BERINYA CAHAYA IMAN
SESUNGGUHNYA KAU MAHA BESAR
MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.



MY DAD EMBRACED ISLAM 2DAY.

SETELAH SEKIAN LAMA TAK CAKAP SENDIRI

TERPANGGIL PULA SEMAANGATKU UNTUK BERCAKAP MELALUI JARI-JEMARIKU PAGI INI (2:11AM). ENTAH KENAPA, MUNGKIN KERANA SIANG NANTI IDUL ADHA.

HARIRAYA KORBAN.

BILA ADA YANG TERBACA CAKAP MELALUI JEJARI INI - janganlah tertawa ya. Kalau mahu baca saja sebagai penglipur lara. Lagipun belum tentu apa yang dicoretkan ini benar belaka. Lama tak mencoret pasal tiada idea nak tulis. Cerita banyak tapi malas nak tulis. Kebanyakannya mengecewakan dan bikin hati panas. Tetapi pagi ini mood lain sikit...kebetulan mendengar lagu "Unforgettable" by Nat King Cole. Dusss! macam sayu saja jiwa raga.

semakin hampir 2008 bagai akan mati. selama-lamanya ia akan hilang dari hidup kita. terkubur sebagai kenangan. banyak peristiwa yang singgah dalam hidupku pada tahun 2008 ini. dari segi positif, memang semuanya baik dan menjadi pengajaran yang berguna, walau seringkali juga terkilan dan semacam ingin bertanya pada tuhan. WHY???
tapi mengapa pula aku harus menyoal-Nya? sadis sungguh. begitu jauh perjalananku-manila,surabaya,bali, singapore,png,jakarta,china tetapi diriku ini sendiri tidak pernah ku jelajahi. dalam perjalanan yang panjang itu aku mengambil kesempatan jua melawat makam2 wali untuk mencari diriku dan pada saat itu memang airmata tak pernah kering-terasa betapa kerdilnya diri di hadapan orang2 yang beriman. apa yang kupelajari dari semua ini? hasbunallah wa nikmal wakil nimal maullah wa nikmal nasir.